Sabtu, 12 Julai 2014

Jom Jadi 'Special'

DAN hari ini masa berjalan begitu pantas. Aku akan kembali pulang ke IPG . Sebenarnya aku terasa macam baru sehari berada di sini. Sedangkan sudah masuk hari ketiga berada di rumah. Masa terlalu mencemburui aku. Serius,sangat pantas berlalu.

Perbualan bersama ayah lewat malam semalam benar-benar melukis sebuah kenangan. Akulah individu yang paling gemar mendengar cerita 'inspiring' ayah. Ayah gemar menceritakan kenangannya di IPG yang dulunya dipanggil Maktab Perguruan.

Kata ayah :

"Buatlah apa yang kita nak buat dalam hidup, yang penting tanamkan dalam diri yang kita mesti ada sesuatu yang membuatkan kita istimewa daripada orang lain"

Aku bukan insan 'special'. Tapi aku tahu dari riak mata ayah,dia memang nak aku jadi insan yang istimewa. Aku bukan insan istimewa tapi aku akan cuba jadi insan yang istimewa.

2 ulasan:

  1. salam bw di bln ramadhan..maaf lmbat bw yew..setiap manusia ada kelebihan tersendiri :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. bgantung pada diri kita. harus mggunakan nikmat sbaiknya.

      Padam

"Semua Penulis pasti akan meninggal. Hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak."
- Ali Bin Abi talib -