Biografi Penulis



   Amir Asyraffudin. Sebuah kumpulan perkataan arab yang bermaksud Putera Kemuliaan Agama. Ia adalah nama yang diberi oleh insan yang aku anggap istimewa .Ayah dan Ibu. Ya itu namaku. Aku adalah anak Sulung kepada Encik Abd Aziz dan Puan Nahawiah. Aku merupakan anak kelahiran pantai Timur dan sekarang menetap di Muar,Johor.Dilahirkan pada 29 Ogos 1996.

  Mendapat pendidikan awal di SK Pusat,Kemaman (03-08).Sejurus selepas itu,berhijrah ke Johor dan menuntut di SMK(A) Maahad Muar,Johor(09-13). Sekarang menuntut di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu,Kuala Lumpur. Hidup aku penuh penghijrahan dan bermusafir. Tempat dan suasana yang baru banyak mengajar aku. Aku Merupakan Alumni MPR 2014.

   Aku hidup dalam keluarga yang biasa, tidak kaya juga tidak susah. Tapi aku bersyukur dikelilingi insan yang aku anggap 'luar biasa'. Mungkin biasa di mata insan lain. Aku juga mungkin insan yang 'Biasa'  tapi selalu bermimpi untuk menjadi 'luar biasa'. Moga mimpi ini memanduku ke arah realiti yang luar biasa.

    Facebook : Amir Asyraffudin
    Twitter : @AmirAsyraffudin
     Instagram : amir_asyraff23

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Semua Penulis pasti akan meninggal. Hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak."
- Ali Bin Abi talib -