Hari ini aku terima sebuah SMS daripada UPNM."Tahniah anda terpilih untuk menghadiri temuduga sebagai pegawai kadet UPNM"
Beribu persoalan terdetik dalam buku hatiku. Tawaran ini adalah pautan daripada permohonan UPU. Dan aku memang ada memohon ke UPNM tapi dalam pilihan ketiga. Aku menyangka bahawa aku pasti ke UIA. Tapi?
memang terlalu awal untuk aku meramalkan apa yang akan aku terima. Namun,teka-teki ini terus melemaskan aku ke lautan keresahan. Aku mula keliru dan termenung memikirkan masa depan ku. Bagaimana dengan impian yang aku rencanakan selama ini?
Bersediakah aku untuk semua ini? Aku sendiri sudah kenal serba sedikit potensi diri aku yang agak tidak menyukai aktiviti yang terlalu lasak. Aku juga tidak suka berada dalam keadaan paksaan. Tapi?
Ya Allah, seandainya tertulis keputusan permohonan UPU aku ke UPNM,bantulah aku membuat pilihan yang tepat.
Aku sedia maklum kewangan tidak akan menjadi suatu masalah berada di UPNM. Namun,aku sendiri tidak pasti adakah aku bersedia untuk semua ini.
Moga dipermudahkan segalanya.
Jangan risau. Kalau tak pergi temuduga untuk UPU, insyaallah akan dapat pilihan lain nanti waktu keputusan penuh UPU keluar. Tapi, buatlah keputusan terbaik. Kalau memang ada niat dalam hati nak ke UPNM, teruskan usaha. Insyaallah berjaya.
BalasPadamouh begitu rupanya. Terima kasih atas informasi.
BalasPadam