Sabtu, 26 April 2014

Harimau Itu !!

Harimau itu
kami benarkan
bermaharajalela di tempat kami 
kami benarkan
bermesraan dengan budaya buana.

Kami benarkan
kerana kami inginkan sanjungan
Bukan apa-apa
dan kami lupa
Harimau itu akan membaham kami
Meratah warisan budaya
mencakar peradaban
menggonggong bendera 
Bila-bila masa.

-Musafir Faqir-

2 ulasan:

  1. Salam, rasa macam 'menggonggong' kurang sesuai dengan simbolik harimau.
    Selamat berkarya! :)

    BalasPadam
  2. wasalam. Terima kasih atas teguran :)

    BalasPadam

"Semua Penulis pasti akan meninggal. Hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak."
- Ali Bin Abi talib -