Suasana di jalan raya agak sibuk hari ini. Biasalah, hari minggu. Deruman enjin memekik mengisi keriuhan langit kota raya Kuala Lumpur. Bunyi bingit hon kereta yang dibunyikan pemandu yang berang dengan jalan yang jammed . Cikgu Halimah memandu kereta Proton Wira berwarna merahnya masuk ke porch kereta halaman rumahnya. Dia sedikit pun tidak kekok. Almaklumlah pemandu yang sangat berpengalaman dan telah mempunyai lesen hampir belasan tahun.
Seusai pintu rumah dibuka,dia mengeluarkan semua barangnya daripada tempat duduk belakang. Kelihatan, banyak barang-barang dapur yang dibelinya. Sekonyong-konyong,seorang wanita tua lewat 70-an,berbadan bongkok dan rambut beruban keluar menyambut Cikgu Halimah pulang.
"Baru pulang nak?"sapa Mak Nah.
"Ya emak."jawab Cikgu Halimah yang sedang sibuk menurunkan barang dapur.
Mak Nah bingkas menuju ke arah Cikgu Halimah untuk turut sama mengangkat barangan dapur yang dibeli ke dalam rumah. Kelihatan Mak Nah masih mampu dan rajin melakukan kerja seorang suri rumah meskipun kudrat diratah usia. Mak Nah memang seorang yang rajin. Sebelum ini, Mak Nah tinggal kampung. Dia rajin melakukan kerja-kerja kampung bagi mengisi masa lapangnya. Namun,setelah Cikgu Halimah berpindah ke kota raya metropolitan itu, Dia turut sama mengajak Mak Nah tinggal bersamanya.
"Fuh,penatnya hari ini. Cuaca pun agak panas hari ini."keluh Cikgu Halimah lantas mencampakkan tas tangannya ke atas meja di ruang tamu.
Dia merebahkan badannya ke atas sofa yang empuk menghadap kawasan luar rumahnya sambil mata ligat memandang motosikal yang lalu lalang di depan rumah banglo dua tingkat yang dibelinya beberapa tahun yang lalu. Hatinya masih mengenangkan Aiman yang ditemuinya di Hypermarket tadi. Aiman kini sudah berjaya memegang jawatan di salah satu syarikat terkemuka. Dia berasa sangat bangga. Dulu, Aiman sangat lemah dalam pelajaran. Mungkin kesusahan yang mendorongnya untuk berjaya
Kebetulan,hari itu merupakan Hari Guru. Dia ketawa kecil mengimbau kembali kisah Aiman dan dirinya yang berlaku pada Hari Guru ketika Aiman masih dibangku sekolah.
"Selamat Hari Guru,Cikgu Halimah."Sapa Aiman sambil menghulurkan sebuah bungkusan berbentuk kotak yang dibalut cantik dengan pembalut bercorak bungaan.
"Ini untuk cikgu?Terima kasih Aiman."jawab Cikgu Halimah lantas mengukir senyuman.
"Cikgu nak tahu?" tanya Aiman.
"Apa Aiman?" tanya Cikgu Halimah kembali mengajukan soalan sambil mengangkat kening. Terpancar persoalan di wajah Cikgu Halimah yang terkejut tidak semena mena wajah dan nada Aiman bercakap berubah.
"Hadiah ini,Abang Amin yang bungkuskan. Aiman tak reti nak bungkus. Aiman nak cuba bungkuskan untuk cikgu tapi tak jadi."jelas Aiman dengan nada sedih.
"Tak mengapa Aiman. Cikgu tak kisah pun. Asalkan niat kamu ikhlas Aiman."Pujuk Cikgu Halimah.
"Tapi cikgu. Hadiah saya tak semahal kawan-kawan. Dalam bungkusan tu cuma ada cawan yang abang saya beli di kedai runcit.Harganya cuma 2 Ringgit. "Jelas Aiman lagi sambil matanya berkaca.
Cikgu Halimah tersenyum. Hatinya sebak. Hanya Tuhan yang tahu apa yang dirasakan Cikgu Halimah.
"Tak mengapa Man. Apa pun hadiah yang Aiman bagi,cikgu suka. Asalkan Aiman Ikhlas, Cikgu rasa hadiah ini cukup bermakna."Pujuk Cikgu Halimah lagi. Pipinya basah disihir hati yang sedang sebak.
Bagi Cikgu Halimah, Aiman seorang budak yang jujur. ya. sangat beruntung seandainya punya anak seperti Aiman. Dia anugerah tuhan tidak ternilai.
"Halimah, tolong emak kejap. Susahlah nak buka penutup kicap ni."
Sayup-sayup kedengaran suara ibunya di dapur meminta tolong. Cikgu Halimah kini tersedar daripada lamunanya. Dia menggeleng kepala sambil tersenyum mendengar kerenah ibunya. Dia bingkas bangun menuju ke dapur.
Amir, baru perasan. Ada entri yang diterbitkan oleh Amir dan ada yang diterbitkan oleh Maryam Hamidah. Blog ni dikendalikan oleh dua orang ya? :)
BalasPadamYup. Minta bantuan kawan mmeriahkan blog. Kak maryam teman sperjuangan di MPR 14
Padam