Rabu, 12 Mac 2014

ZAM ZAM ALAKAZAM


Dimana iman?
Dimana aqidah?
Mengapa si Bomoh dungu yang engkau pilih?
Sedang musibah yang menimpa kiriman dari Allah,
Maka kembalilah pada yang berkuasa penuh.

Bukan aktivis bodoh,
menari ritual dengan jampi serapah,
Seolah tahu hujung pangkal sesuatu musibah,
konon Jin Iblis punca masalah.

Tarian Do Re Mi jadi Tema,
dek kebodohan mereka,
rakyat malaysia dipandang bodoh,
tempiasnya,
sudah pasti negara kita tercinta,
Malaysia.

tikar terbang?
Buah kelapa pak Ali?
Bakul?
buluh?
Bubu?
Apa ni?
Prop Maharaja lawak mega?
hentikan semua kegilaan ini.

*hiris bawang*

Khamis, 6 Mac 2014

Tiada Alasan dalam Beribadah !



“uhuk uhuk uhuk.Bapak,saya rasa saya tak mampu nak mengaji malam ni.Tekak saya sakit “

Aku mengadu.Tersenyum sinis lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 50 an itu.Beliau merupakan guru mengaji aku dan lebih rapat dipanggil bapak.Sudah tiga hari tekak aku sakit disebabkan Jerebu yang sangat dashyat di kawasan muar.

“Amir,apa yang kamu cakap mencerminkan apa yang kamu fikir dan fikiran kamu yang lemah mempengaruhi perlakuan kamu.”kata Bapak.

“maksud bapak?”aku bertanya dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

“Amir,jangan kamu motivasikan diri kamu mengikut keperluan hawa nafsu.Dalam beribadat tiada istilah MC.Cuba kamu bayangkan,kamu bangun esok pagi,Allah cuti kan mata kamu daripada melihat,terkapai kapai kamu mencari cahaya “Ya Allah kenapa mata aku tidak dapat melihat?”.Amir cuba kamu bayangkan,esok Allah cuti kan nyawa kamu buat selamanya,apa yang akan kamu rasa?”

Aku tertunduk disapa rasa bersalah.

“Kamu nikmat kahwin pun belum rasa tauu!”gurau Bapak sambil ketawa kecil.

“Setiap hari dalam hidup ni,Allah bagi pinjam kita macam-macam,tapi pernah kita bagi sesuatu kat Allah?.Ingat,Allah tak pernah rugi apa-apa.Yang ruginya kita.Kamu duduk muhasabah diri,layakkah  kita ni yang diberi macam-macam,mengeluh ahh penatlah,malaslah,sakitlah.CERMIN DIRI KITA. Tak malu ke?Allah beri kita macam-macam.Tak minta pun Allah bagi.Sayangnya Allah kat kita.Tapi kita?sakit sikit da malas nak beribadat.Ingat Mir,dunia ni tempat kita bercucuk tanam dan akhirat adalah tempat kita menuai hasil.”

“Baik bapak.Terima kasih “aku tersenyum sambil berazam untuk muhasabah diri.




Selasa, 4 Mac 2014

Bumi Diseksa Manusia Dungu !!


Dulu,
Ketika fajar mula memunculkan diri,
Burung-burung riang berkicau,
Membangkitkan semangatku mencari sesuap nasi,
Si ayam jantan berkokok megah,
Mengejutkan seluruh isi bumi yang masih lena dibuai mimpi,
Kabus gerimis menyelubungi segenap bumi,
Hingga aku masih terasa digigit kesejukan pagi.


Kini,
Semuanya seolah lesu tidak bernyawa,
Matahari  semakin kemerahan,
Kabus yang dulu menyegarkan,
Kini bertukar Jerebu yang melemaskan,
Bumi tidak lagi disirami embun ,
Malah Bumi Kontang tanpa turunnya hujan,
Flora yang kehijauan,
Kini layu kekeringan.



Namun,
Manusia yang dungu terus alpa,
Dek mengejar kepentingan diri mereka,
Pembakaran terbuka terus berleluasa,
Seolah bumi mereka punya,
Hutan merimbun kini musnah angkara manusia,
Flora dan Fauna terus menjadi mangsa,
Kerakusan nafsu punca segalanya.


Wahai Manusia,
Janganlah bumi engkau seksa,
Kerana ia tempat berteduh kita,
Jangan lupa,
Dunia hanya sementara,
Akhirat Selamanya.


~Jangan pernah kita lupa yang dunia ini juga ada hukum kifarah.Kita juga akan rugi dengan perbuatan kita.Ayuh selamatkan Bumi. Dunia sudah hampir ke penghujung.
"Semua Penulis pasti akan meninggal. Hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak."
- Ali Bin Abi talib -