Rabu, 26 Februari 2014

Khilfaku



KHILAFKU
(KARYA : AMIR ASYRAFFUDIN)

Dulu aku dibelenggu kejahilan,
Hanya kerana mengejar kebahagiaan yang tiada jaminan,
Segala kata nasihat aku hiraukan,
Hingga tuhan Yang Esa aku lupakan,
Hatiku hitam diulit kotoran,
Dek perasaan ketagih kemaksiatan.

Namun,
Ketika aku merangkak mencari kebenaran,
Jasadku terkesima ditampar cacian,
Jiwaku runtun diterjah nistaan,
Hingga aku sedari,
Khilafku yang dulu memakan diri.


~setiap anak adam pasti akan melakukan Dosa kerana kita adalah PENDOSA TANPA NOKTAH tapi yang terbaik antara kita adalah mereka yang bertaubat atas dosa dan jangan pernah lupa dalam dunia ni juga ada hukum kifarah.What comes around goes around.Jadi,teruskan mncari redha Allah.Jom banyakkan Istighfar :)

Khamis, 20 Februari 2014

Srikandi Islam Akhir Zaman ^_^



Srikandi Islam Akhir Zaman
(Karya: Amir Asyraffudin)

Suatu kota bergelap dalam kejahilan,
Mengejar dunia yang tiada sempadan,
Remajanya sesat dalam kemaksiatan,
Dek mengagungkan budaya kebaratan,
Namun,
Ketika itu lahirnya seorang wanita,
Jiwanya cekal hatinya tabah,
Meniti titian using penuh berduri.

Ketika pemudi seusianya megah berfesyen sendat,
Dia berjubah memelihara aurat,
Ketika remaja seusianya bersosial dalam kelalaian,
Dia tekun bermunajat mencari ketenangan,
Ketika temannya galak dalam berhiburan,
Dia berjuang harta dan nyawa di jalan tuhan.

Dia bukan Siti Khadijah,
Juga bukan sumayyah,
Dialah srikandi islam di akhir zaman.


-wanita muslimah itu adalah perhiasan dunia terindah.Dunia kini semakin mencabar kerana godaan syaitan itu di mana.Ayuh perbaiki iman kita menuju mardhotillah.Setiap antara kita inginkan syurga kan? :)

Isnin, 17 Februari 2014

Anugerah kehidupan

ANUGERAH KEHIDUPAN
(KARYA : AMIR ASYRAFFUDIN )

ketika lahirnya aku ke dunia,
nyaring tangisan memecah kesunyian,
Mengakhiri segala penantian nestapa,
dalam kekhusyukan,
ayah membisikkanku kalimah memuji Yg Esa,
Berharap anugerah ini akan membanggakannya.

ketika siang berganti malam,
tidur si ibu langsung dilupakan,
disusui dan dibelai tanpa keluhan,
cinta sejati ibu tiada tandingan,
sampai hujung nyawa sanggup berkorban.

perlahan demi perlahan,
usia remaja menerpaku,
kontras khidupan mulai ku alami,
peperangan jiwa terus membelenggu,
ada ketika,
aku tersungkur,
dek cinta monyet seorang gadis,
menjerumuskanku ke alam sadis.

Namun,
doa mereka,
doa yg mngagahkan aku,
bangkit mengemudi semula bahtera kehidupan,

Sesungguhnya,
tiada terbalas pengorbananmu ibu,
tiada terbayar jasamu ayah,
hadirmu dalam hayatku,
umpama matahari menyinari bumi,
bagiku,
kalianlah anugerah kehidupan.

~Dewan Siswa,keluaran September 2013

Sahabat


SAHABAT
(KARYA: AMIR ASYRAFFUDIN)

Wahai si pendamping setia,
Saat duka mahupun tawa,
Sahabatmu ini hanya manusia biasa,
Tiada berkuasa,
Mahupun berharta.

Namun,
Andai dirimu dipalit kesedihan,
Anggaplah aku penawar kedukaan,
Andai dirimu diulit keresahan,
Anggaplah aku sinar kegembiraan,
Andai dirimu buntu kesesatan,
Anggaplah aku nakhoda perjalanan.

Sesungguhnya setiap pertemuan,
Akan berlabuh tirai perpisahan,
Andai aku diperlukan tuhan,
Jangan kau ratapi atas pemergian,
Bukan tangisan yang aku pinta,
Tetapi kenanglah aku dalam doa.



Setiap manusia inginkan sahabat. Namun, sejauh manakah kita cuba yang terbaik untuk jadi sahabat kerana kita semua sedia maklum bahawa setiap manusia itu tak sempurna.Jadi, belajarlah menerima :).
Namun,perlu ditekankan dalam memilih sahabat.kerana sahabat itu sendiri yang yang mencerminkan diri kita.Sahabat Baik umpama penjual minyak wangi,andai sentiasa dekat dengan dia,kita sendiri akan sentiasa wangi.Sahabat buruk pula umpama peniup obor,kita dekat dengan dia pun da bau asap.silap-silap boleh terbakar. Hahaha. renungkan :)

Ahad, 9 Februari 2014

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah,sebagai post pertama saya ingin panjatkan ksyukuran buat Azza Wajalla yang terus memberikan kerahmatan untuk saya terus berdiri dan terus berjuang atas nama agama yg tercinta.Beruntungnya kita semua hidup sebagai umat Muhammad S.A.W ,Rasul terakhir yg diutus juga umpama purnama yg mnyinari alam. Tanpa baginda mustahil untuk kita hidup aman dan makmur seperti sekarang. Jadi,belajar bersyukur dgn apa yg dianugerahkan :)
"Semua Penulis pasti akan meninggal. Hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak."
- Ali Bin Abi talib -