Ahad, 8 Mac 2015

Aku Rindu

Bergenang air mata
membasahi pipi tatkala
bayu rindu
menyahut kalbu.

ku mencari
lukisan wajah
walau malam
di hujung gelita.

Hanya Tuhan
pemilik jiwa
yang tahu
rasa terbuku
rasa terkurung
dalam benak.

Bukit Pantai, KL.
090315

Sabtu, 28 Februari 2015

Demi Sebuah Harapan

hati gundah
bagai direntap pilu
hujan merajuk pergi
saat mentari memancar bumi
dari siang menuju malam
tiada henti.

ada yang cuba
menghapus gundah
melerai pilu
tapi, itu takdir
itu milik ilahi
dan kau siapa untuk menghalang?

Moga hati kuat
Moga jiwa kental
demi sebuah harapan.

01.03.2015
Bukit Pantai,KL.

Ahad, 15 Februari 2015

Malam ini

Malam ini
dunia ku sepi
tanpa siul cengkerik
tanpa dengkur pungguk
mendendang lagu pilu.

Malam ini
duniaku suram
tanpa kerdip bintang
menyiram sinar
pada langit.

Malam ini
Dunia ku gundah barangkali
mencari
Di mana engkau wahai bulan?

Bukit Pantai,KL
16.02.2015

Khamis, 5 Februari 2015

Kerana itu

Pada ketika
Badai mengusir gembira
Sang awan masih disitu
Masih gigih bergantungan
Pada dinding langit.

Sedikit pun
Awan tak berganjak.

Kerana itu,
Aku ingin benar
Gigih seperti awan.

Khamis, 30 Oktober 2014

Aku cemburu

Usai berbual
Berbual tentang Mesir
Tentang hidup
Tentang suasana
Di sana

Dingin menggigit
Kerana musim salji
Bakal tiba
Wajah laut indah
Kerana airnya
Dihiasi kebiruan nikmat.

Aku cemburu dengan kau kawan.

Selasa, 28 Oktober 2014

Malam

Malam makin menggelap
Menenggelam hati
Lemas
Tanpa cahaya
Bintang
Bulan
Semua bisu
Yang tinggal cuma aku.

"Semua Penulis pasti akan meninggal. Hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak."
- Ali Bin Abi talib -